Connect with us

TERKINI

Instafamous Korea Selatan Gembira Adik Ikut Masuk Islam dan Pertama Kali Sambut Puasa Bersama

Published

on

Beberapa tahun lalu, seorang gadis Korea Selatan telah viral di media Indonesia dan Malaysia apabila kisahnya memeluk agama Islam serta berhijrah ke Indonesia menjadi buah mulut.

Dia yang juga merupakan model muslimah cukup popular di media sosial seperti Instagram. Kisah pengislamannya turut menarik perhatian warganet sehinggakan gadis berusia 25 tahun itu menjadi inspirasi buat gadis-gadis muda diluar sana.

Ibadah puasa pertama bersama adik

Tidak lama selepas tular, adik lelakinya pula mengikuti jejak langkahnya dengan kembali kepada agama Islam sekitar Mac tahun lalu. Jadi, tahun ini merupakan tahun pertama adik kepada Ayana menjalani ibadah puasa dengan lebih bersedia bersamanya .

Menurut Ayana, dia berasa gembira kerana tahun ini merupakan tahun pertama mereka berpuasa bersama dan mempunyai teman untuk berbuka.

Berbuka puasa bersama2

Menerusi Instagram Ayana, dia telah mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan sempat memuat naik gambar ketika mereka sedang menunggu waktu berbuka di Seoul, Korea Selatan.

Salam Ramadan al-Mubarak

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet baik dari Malaysia mahupun Indonesia telah mengucapkan selamat berpuasa buat Instafamous tersebut dan mendoakan ibadahnya berjalan dengan lancar.

Semoga terus diberi kesihatan yang baik

Selamat menjalani ibadah puasa Ayana

Terdahulu, Ayana Moon yang berasal dari Korea Selatan telah memeluk Islam kira-kira 9 tahun lalu dan berhijrah ke Indonesia bagi memulaikan karier serta mendalami Islam. Dia juga kerap ke Malaysia kerana menghadiri program televisyen di negara ini.

Sumber : Ayana Jihye Moon Via ohmymedia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!