Connect with us

TAULADAN

Jangan Jadikan Orang Tua Sbg Hamba Dengan Meminta Untuk Menjaga Cucu Walaupun Bayar Gaji

Published

on

Kadang-kadang perkara macam ni jarang dibincangkan umum, ibu menjaga hati anak dan menantu terpaksa mengiakan sahaja apa yg diminta oleh si anak. Anak dan menantu kedua-duanya ada kerjaya masing-masing, bila ada anak diminta pula ibu yg menjaga dan mengasuh anak mereka dgn pelbagai alasan yg diberikan.

Hati seorang ibu sememangnya tidak tergamak untuk menolak pelawaan si anak walaupun berat disudut hatinya agak tidak senang dgn perkara itu dek kerana keuzvran dan masalah kesihatan yg tidak menentu. Adapun yg sihat tetapi tetap juga tidak merelakan diri kerana ingin menghabiskan masa tua dgn aktiviti yg digemari oleh mereka.

Di sini timbul pelbagai persoalan dan reaksi org dan masyarakat sekeliling terhadap anak yg meminta org tuanya menjaga anak-anak mereka walaupun dibayar gaji. Apalah salahnya sekiranya menghantar anak-anak ke pusat asuhan kanak-kanak sahaja.

Tidak kira apa pun alasan, tindakan ini boleh disamakan dengan kiasan pada hadis Nabi SAW;

Umar bin al-Khattab R.A, iaitu hadis yang menyaksikan malaikat Jibril datang kepada Nabi SAW dan para sahabat untuk mengajarkan mereka tentang Islam, Iman dan Ihsan, dan antara lain terkandung juga soal jawab:

قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ ‏.‏ قَالَ ‏“‏ مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ ‏“‏ ‏.‏ قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَتِهَا ‏.‏ قَالَ ‏“‏ أَنْ تَلِدَ الأَمَةُ رَبَّتَهَا

Maksudnya: Jibril bertanya: Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat. Nabi SAW menjawab: Tidaklah yang ditanya itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Maka Jibril bertanya lagi: Khabarkan kepadaku tentang tanda-tanda kiamat. Maka Nabi SAW menjawab: (Antara tandanya ialah) apabila seorang hamba wanita melahirkan tuannya…(Sahih Muslim (8)

Secara literalnya lafaz hadis tersebut sememangnya menyatakan antara tanda kiamat ialah hamba wanita akan melahirkan tuannya sendiri, dan itulah yang dipegang oleh majoriti ulama.

Namun terdapat ulama seperti Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dan Syeikh Mustofa Dib al-Bugha yang memahaminya melalui konteks yang lebih luas, lalu sampai kepada kesimpulan bahawa ia merupakan kiasan akan berleluasanya perbuatan derhaka dan layanan kasar terhadap ibu bapa oleh anak-anak, sepertimana layanan kasar tuan terhadap hambanya.

Dalam kesibukan menguruskan hidupan harian, kita kadangkala alpa sehingga mengambil mudah untuk meminta ibu atau orang tua kita menjaga anak dengan tanggapan, bukan jaga anak orang lain, jaga cucu sendiri. Tak kan itu pun tak boleh?

Dalam satu kupasan ceramah yang dilakukan oleh pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid apabila diminta mengulas tentang trend ini, beliau menjelaskan bahawa, baginda SAW pernah ditanya tentang kedudukan orang tua pada anak.

“Nabi menjawab,”Orang tua adalah syurga kamu atau neraka kamu” Ikut sahaja yang mana satu menjadi pilihan; nak masuk syurga, maka berbaktilah kepada orang tua dan kalau nak masuk neraka, maka lawanlah orang tua.

Setiap hari melakukan amal ibadat, dan tanpa kita sedar itu semua tidak bermakna langsung. Walaupun banyak kali tunaikan haji atau umrah, banyak bersedekah dan amal-amal lain; tetapi sekali kita tidak membahagiakan atau berbakti kepada orang tua, maka hilanglah pahala amalan tadi. Sia-sia.

“Jadilah anak yang baik; berbakti kepada kedua orang tuanya, tidak sombong kepada orang tua, tidak sombong kepada orang lain malah pada diri sendiri,” jelasnya lanjut.

Menurut Habib Ali Zaenal lagi, di akhir zaman, anak akan sombong dengan orang tuanya. Di akhir zaman, anak akan mengungkit ihsannya kepada orang tua. Di akhir zaman, anak akan berkira dengan orang tuanya. Di akhir zaman, orang tua akan takut dengan anaknya. Di akhir zaman, anak tidak hormat kepada orang tuanya.

Sekadar gambar hiasan

Baginda ditanya oleh Jibril a.s tanda Hari Kiamat. Kaka dijawab Rasulullah SAW, salah satunya hamba sahaya (ibunya) melahirkan tuannya (anak) menjadi majikan kepada ibunya.

Macam mana anak boleh menjadi majikan kepada ibunya? Anak berstatus majikan kepada ibunya apabila dia (anak) boleh menyuruh, memerintah ibunya untuk melakukan itu dan ini mengikut kehendaknya.

Sehingga ibu seumpama pembantu kepada anaknya. Ibu umpama orang suruhan yang disuruhke sana dan di suruh ke sini. Cukup bulan, ibu diberikan gaji atau upah kerana telah menjaga cucu atau sebagainya.

Kalau itu adalah kehendak daripada ibu sendiri atau itu adalah perkara yang pada dasar kasih sayang atau keikhlasan, maka hal demikian tidak ada masalah.

Tetapi kalau anak mengatakan kepada orang tuanya, “Aku beri gaji kamu kerana menjaga anak aku” maka harus diingat, ini bukan hal yang boleh dipandang ringan. Anak tidak sepatutnya berbuat demikian kepada orang tuanya, kerana “Engkau dan harta kamu adalah milik orang tua mu,” kata Nabi SAW.

Akhir kata

Perkara ini perlu dibincangkan dengan telus dan terbuka, anak-anak jgn bertanyakan dgn gaya memaksa org tua utk menjaga cucu-cucu mereka dan mestilah dgn hemah supaya tidak mengguris hati org tua. Tugas mnjaga anak-anak bukan terletak kpd datuk atau nenek mereka malah ibu bapa itu sdri.

Tetapi sekiranya org tua yg benar-benar ingin menjaga cucu atas faktor sunyi dan kasih kpd cucu mereka maka itu tidak mnjdi masalah dan seharusnya sgt bersyukur. namun apabila suda tidak terdaya lagi menjaga cucu maka jgn pula sentap atau marah kpd org tua kerana itu bukan tanggungjawab mereka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!