DAKWAH DAN ISLAM
Amalkan Doa Dan Zikir Ini Agar Allah Jaga Anak Dan Suami Kita Di Mana Saja Mereka Berada

Amalkan Doa Dan Zikir Ini Agar Allah Jaga Anak Dan Suami Kita Di Mana Saja Mereka Berada
Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, Allah Yang Maha Menjaga dan Allah Yang Maha Memelihara.
Kedua-dua nama seakan-akan sama maknanya jika dibaca selapis. Namun apabila digabungkang ketika dalam doa, ia membawa keyakinan yang jitu kepada Allah bahawa Dia PASTI akan menjaga apa saja yang kita minta dilindungkan.
Kebanyakan ibubapa cuba untuk menjaga anak-anak, maka inilah teknik terbaik untuk melindungi anak-anak. Serahkan anak kepada Allah Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari’ Ya Hafiz Ya Muhaimin.
Caranya zikir 5 nama tersebut 40x setiap pagi dan diiringi dengan bicarahati,
“Ya Allah, aku serahkan anakku __nama__ kepadaMu yang Maha Mentadbir, Maha Mengurus, Maha Mengatur Agenda, Maha Menjaga dan Maha Memelihara. Sesungguhnya aku tidak berdaya menguruskan dan melindungi anakku.”
Kenapa perlu serahkan anak kepada Allah pula? Bukankah Allah beri kita anak untuk Kita jaga? Bukankah anak tanggungjawab Kita?
Ibu-ibu, ayah-ayah sekalian…
Penyerahan itu di Hatimu bukan di gerak gerimu. Di dalam surah Ali-Imran ayat 35 & 36 ada menerangkan cara-cara kita perlu membuat penyerahan kepada Allah.
Ayat 35:
Ketika isteri ‘Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Ayat 36:
“…. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk.”
Ibu-ibu,ayah-ayah
Apabila kita menyerahkan urusan anak kepada Allah, kita akan diberi energy yang cukup luar biasa dalam mendidik, membimbing, menjaga, menyayangi, memantau dan mengurus anak. Kerana Allah boleh memberi full energy kepada kita sebab kita lah khadam/khalifah Allah untuk menzahirkan sifat2 Allah kepada anak-anak.
- Energy mendidik: Ya ‘Alim Ya Hakim Ya Rashid
- Energy membimbing: Ya Nuur Ya Haadi Ya Haq
- Energy menjaga: Ya Hafiz Ya Muhaimin
- Energy menyayangi: Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami’
- Energy memantau: Ya Khobir Ya Basir Ya Raqib
- Energy mengurus: Ya Waliy Ya Wakil Ya Baari’
Ingatlah, kitalah khalifah Allah kepada anak-anak, maka siapa lagi yang kita harapkan untuk menjalankan tugas kita sbg khalifah jika bukan Allah Ya Somad yang Maha Diperlukan. Laa hawla walaa quwwata illa billah.
Dalam melindungi anak-anak, yang paling utama yg harus dilindungi ialah hatinya iaitu iman dan aqidahnya. Maka, kepada Allahlah tempat kita mohon pertolongan kerana hanya Allah yang Melihat apa yang di dalam hatinya. Allah ya Malik saja yang boleh membolak-balikkan hati.
Maka, setelah membuat penyerahan kepada Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Baari’ memberi kita full energy sebagai ibubapa untuk menjalankan tugas-tugas di atas sebagai jawapan Allah kepada doa kita.
Ilmu yang kita dapat akan menjadi lebih berkat apabila kita menyampaikan kepada orang lain. Jangan lupa sedekah like, komen atau share. Terima kasih
Sumber :myinfomaya
-
TAULADAN3 months ago
Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pulau Mereka
-
PENDIDIKAN1 month ago
KOLEKSI Buku Teks DIGITAL KPM KSSM SEMUA SUBJEK Tingkatan SATU
-
KASIH SAYANG3 months ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan Berumahtangga
-
DAKWAH DAN ISLAM3 months ago
Beli Barang Untuk Mak Ayah, Haram Ambil Balik Bila Mereka Meninggal
-
PENDIDIKAN1 month ago
KOLEKSI Buku Teks DIGITAL KPM KSSM SEMUA SUBJEK Tingkatan DUA
-
DAKWAH DAN ISLAM2 months ago
Amalan Selepas Asar Pada Hari Jumaat Yang Dapat Menghapuskan Dosa Selama 80 Tahun
-
DAKWAH DAN ISLAM3 months ago
Doa Yang Boleh Diamal Untuk Mengelak Gangguan Syaitan Di Ambang Kematian
-
DAKWAH DAN ISLAM3 months ago
Banyak Perkara Buruk Berlaku Dalam Rumah Gara-Gara Kita Sendiri Yang Menjadikan Rumah Seperti Kubur