TERKINI
Kelakuan Ganjil Kapten Afwan Sebelum Pesawat Terhemp4s

Jakarta: Sikap terburu-buru sebelum keluar bekerja menjadi petanda pemergian Kapten Afwan Zamzani, juruterbang pesawat Sriwijaya Air yang terhempas dan mengorbankan 62 orang di Pulau Lanchang, Sabtu lalu.
Menurut anak saudaranya, Ferza Mahardika, kelakuan bapa saudaranya itu yang sebelum ini sentiasa tenang, namun agak pelik pada hari kejadian.
Katanya, malah uniform kerja yang dipakai Afwan tidak sempat diseterika.
“Kebiasaannya dia akan pastikan pakaian kerjanya diseterika sebelum keluar bertugas, namun hari kejadian dia nampak tergesa-gesa,” katanya seperti dilaporkan portal Kompas.com.
Malah, Afwan dikatakan sempat memohon maaf kepada isteri dan anaknya sebelum keluar rumah.
Kelakuan pelik itu mengundang tanda tanya kepada keluarganya, namun tidak menyangka ia menjadi petanda pemergiannya.
“Jika kebiasaannya dia hanya bersalam dengan isteri dan anaknya, namun hari kejadian dia turut memohon maaf.
“Anaknya ada menegur kelakuan anehnya,” katanya ketika ditemui di rumah Afwan di Jawa Tengah.
Walaupun agak mustahil mangsa ditemui selamat, namun keluarga juruterbang itu masih menaruh harapan ada berita baik akan diterima.
“Kami masih menunggu maklumat terkini daripada pengurusan Sriwijaya Air. Kami harap yang terbaik untuk pakcik (Afwan) dan penumpang lain,” katanya.
Sumber: hmetro.com.my
-
TAULADAN3 months ago
Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pulau Mereka
-
PENDIDIKAN1 month ago
KOLEKSI Buku Teks DIGITAL KPM KSSM SEMUA SUBJEK Tingkatan SATU
-
KASIH SAYANG3 months ago
Ciuumlah Kening Isterimu Sebelum Pergi Kerja, Disitu Letaknya Kebahagiaan Berumahtangga
-
DAKWAH DAN ISLAM3 months ago
Beli Barang Untuk Mak Ayah, Haram Ambil Balik Bila Mereka Meninggal
-
DAKWAH DAN ISLAM2 months ago
Amalkan Doa Dan Zikir Ini Agar Allah Jaga Anak Dan Suami Kita Di Mana Saja Mereka Berada
-
PENDIDIKAN1 month ago
KOLEKSI Buku Teks DIGITAL KPM KSSM SEMUA SUBJEK Tingkatan DUA
-
DAKWAH DAN ISLAM2 months ago
Amalan Selepas Asar Pada Hari Jumaat Yang Dapat Menghapuskan Dosa Selama 80 Tahun
-
DAKWAH DAN ISLAM3 months ago
Doa Yang Boleh Diamal Untuk Mengelak Gangguan Syaitan Di Ambang Kematian