Connect with us

DAKWAH DAN ISLAM

Doa Yang Boleh Diamal Untuk Mengelak Gangguan Syaitan Di Ambang Kematian

Published

on

Iblis dan keturunannya telah berjanji untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat. Pasti kita semua tahu akan peristiwa dan janji yang telah diukir itu, bukan?

Disebabkan itu, manusia dikurniakan akal untuk membezakan apa yang baik dan buruk bagi dijadikan bekalan untuk hari kelak.

Betapa hebatnya go daan syaitan sehingga mereka akan berusaha sehabis daya sehingga nyawa hampir sampai ke penghujung.

Waktu sakaratul ma ut melanda, waktu itulah syaitan semakin giat menggo da manusia agar dapat masuk ke perangkapnya.

Imam Al-Khatibi menjelaskan mengenai beberapa bentuk kema tian, iaitu;

Maksud: “Syaitan akan mengganggunya ketika dia hendak mening gal dunia lalu menyesatkannya dan menghalangnya daripada bertaubat. Syaitan juga boleh membuat dirinya berasa putus asa dengan rahmat Allah atau membuat dia benci dengan kema tian dan berasa sedih untuk meninggalkan hartanya sehingga tidak reda dengan keputusan Allah tentang kema tian dan akhirat. Begitulah sehingga kehidupannya diakhiri dengan keburukan lalu dia bertemu Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.

Disebutkan juga bahawa tiada waktu yang lebih baik yang telah diperhatikan syaitan untuk menyesatkan manusia selain waktu kema tiannya. Syaitan akan mengajak kawan-kawannya untuk bersama menyesatkan anak Adam itu.” (Kitab Aunul Ma’bud, 4/287)

Disebabkan itu, kita sentiasa dituntut untuk menjalani kehidupan ini dengan mengikut aturan dan syariat yang telah Allah berikan agar kema tian kita suatu hari nanti akan menjadi sebuah kema tian yang dicemburui.

Imam Ghazali berkata – “Cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya.”

Dan Baginda SAW ada mengajarkan kepada kita bagaimana untuk berlindung daripada go daan syaitan ketika sampainya sakaratul ma ut, iaitu dengan mengamalkan doa ini;

وَأَعُوذُ بِكَ أَن يَتَخَبَّطَنِي الشَّيطَانُ عِندَ المَوتِ

Maksud: “Aku berlindung kepadaMu agar tidak disesatkan syaitan ketika kema tian.” (HR Ahmad, no. 8667. Disahihkan oleh imam Al-Albani)

Semoga pengakhiran kita diredai Allah dan memperoleh kema tian yang baik. Kongsikan ilmu ini kepada lebih ramai orang yang anda kasihi. Terima kasih

Sumber : tzkrh.com

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending