Connect with us

RESEPI

Resipi daging masak merah THAI

Published

on

Bila sebut daging masak merah ni resipi ni lebih sinonim dgn masakan Thai.. Org kata klau masakan Thai ni mmg marvellous la… Semua sedap.. KH pun stuju.. Masakan Thai mmg sedap dan nmpk pun sgt mnyelerakan dah…. Ni klau korang nk try2 cuba boleh la tgok resipi di bawah ni.. KH ambil dri blog aziekitchen…

Bahan bahan

1/2 kg daging lembu-direbus empuk guna pewarna merah
2 ulas bwg putih-diketuk
1 labu bwg besar-dihiris
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan thai
1/4 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
Putik jagung – jika suka
Daun sup/daun bwg
1 biji cili capsicum-x kisah warna apa pun
1 biji cili merah

Cara-cara

Rebus daging dgn pewarna merah sehingga empuk lebih kurang 20 minit
Hiris nipis-nipis kemudian goreng dahulu dlm kuali sehingga sedikit kekuningan dan ketepikan
Tumis bwg putih yg diketuk td sehingga naik bau kemudian masukkan cili kisar.. Kacau sehingga cili kisar betul-betul naik bau atau pecah minyak org ckp.. Kemudian boleh la masukkan pula sos tiram, sos ikan dan sos tomato
Masukkan pula daging yg tlh digoreng td bersama dgn bwg besar, cili capsicum dan cili merah… Tambahkan garam dan gula secukup rasa… Biasa ada manis-manis sikit baru sedap.. Tabur daun sup sedikit di atas dan hiaskan alas salad… Siap utk dimakan bersama nasi putih yg panas-panas… Umphhhh

Sumber: kualihitam.wordpress.com

Kredit: aziekitchen

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending